6 Disember 2014


BERITA gembira buat anda si pencinta buku – karnival jualan buku terbesar Big Bad Wolf (BBW) kembali bagi edisi tahun ini yang akan diadakan bermula hari ini sehingga 16 Disember depan.


Jika tahun lalu, BBW hanya mengadakan tempoh 24 jam jualan pada hujung minggu, tapi kali ini ianya akan beroperasi selama 24 jam tanpa henti pada setiap hari bermula Jumaat sehingga Selasa (16 Disember).

Buku dan novel yang dijual terbahagi kepada beberapa kategori antaranya sukan, masakan, buku kanak-kanak, novel remaja yang mana ada diantaranya yang dijual serendah RM1!


Sudah pasti, acara ini diteruskan berikutan sambutan hangat yang diterima tahun lalu.

Malah tinjauan penulis di The Mines mendapati berlaku kesesakan kereta sehingga hampir tengah malam hari ini, dipercayai kerana ramai ulat buku yang datang menyerbu selepas habis urusan kerja.


Jangan lupa untuk serbu MIECC, The Mines, Seri Kembangan untuk mendapatkan buku-buku menarik dalam harga yang tersangat-sangat murah bagi memeriahkan lagi koleksi bahan bacaan di rumah anda!









0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!