30 Disember 2014


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan pada akhir bulan depan, akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015 bagi meringankan beban mangsa banjir di negara ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dan penerima di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir akan diberi keutamaan dalam proses penyaluran BR1M.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju melanjutkan permohonan dan proses mengemas kini BR1M sehingga 31 Januari 2015 yang boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M di https//:ebr1m.hasil.gov.my.

“Kerajaan amat prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh mangsa banjir khususnya dalam kalangan penerima BR1M. Oleh itu, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M dipercepatkan mulai 15 Januari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, sekiranya terdapat penerima BR1M yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2014, waris penerima boleh membuat tuntutan Takaful i-BR1M sehingga 31 Mac 2015.

“Tuntutan Takaful i-BR1M boleh dibuat dengan mendapatkan borang di www.malaysiatakaful.com.my atau menghubungi hotline 1-BR1M di talian 03-27162716 atau emel i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my,” katanya.

Sebarang pertanyaan, orang ramai khususnya penerima BR1M boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau di talian 03-88824565/4566 serta melalui e-mel br1m@treasury.gov.my.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!