12 Disember 2014


JOHOR BAHRU - Satu pertengkaran yang berlaku di kediaman keluarga di Taman Suria, Kluang semalam berakhir dengan seorang wanita cedera parah ditetak suaminya.

Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kedua-dua pergelangan tangan dan kaki mangsa hampir putus dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 11 pagi di tempat letak kereta rumah.

Suami mangsa kemudiannya membunuh diri apabila ditemui mati tergantung di balkoni tingkat atas rumah.

"Pihak polis mempercayai motif kejadian adalah berpunca daripada perasaan cemburu suami yang mengesyaki mangsa yang bekerja di Singapura berlaku curang," jelas Ketua Polis Daerah Kluang itu lagi.

Hasil siasatan awal mendapati pasangan itu telah bergaduh di ruang tamu dan didengari anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun dan ibu mangsa yang berada di dapur.

Si suami berang lantas bertindak ganas apabila menetak lengan kiri mangsa semasa wanita itu berada di luar rumah.

"Wanita itu melarikan diri, namun terjatuh di tempat letak kereta rumah, di mana suaminya menetak kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya," ujar Mohd Roze.

Lelaki berkenaan kemudiannya naik ke bahagian atas rumah dan mengunci pintu pagar balkoni sebelum membunub diri.

Anak lelaki pasangan terbabit telah menghubungi bapa saudaranya yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Mangsa yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel di Singapura berada dalam keadaan kritikal dan dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Polis menemui sebilah pisau pemotong daging, sebilah parang panjang dan satu tong racun berwarna putih di tempat kejadian. - MLP
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!