17 Disember 2014


BEIJING - CHINA. Seorang remaja yang dihukum mati selepas didapati bersalah kerana merogol dan membunuh seorang wanita 18 tahun lalu, diisytiharkan tidak bersalah oleh mahkamah.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Huugjilt dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Mongolia ketika berusia 18 tahun pada 1996.

Namun keraguan wujud dalam keputusan itu apabila seorang perogol bersiri, Zhao Zhihong mengaku atas jenayah tersebut pada 2005.

“Mahkamah Mongolia mendapati keputusan asal Huugjilt bersalah tidak konsisten dengan fakta-fakta dan tidak terdapat bukti yang mencukupi. Oleh itu, mahkamah mendapati Huugjilt tidak bersalah,"  menurut kenyataan mahkamah Hohhot.

Sebagai tanda kesal dan simpati, timbalan presiden Mahkamah Tinggi, Zhao Jianping menyerahkan 30,000 yuan (RM16,949) kepada keluarga Huugjilt.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!