2 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib yang merupakan seorang ahli perniagaan telah menafikan yang sebab keretakan rumah tangganya adalah kerana beliau seorang ‘playboy’ dan telah mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita dari seluruh dunia. 

Ketika memberi keterangan di mahkamah pada bulan September yang  lepas, bekas isteri Shahnaz Abdul Majid telah mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita dari Europa termasuk dari Latvia dan Rusia.

Tetapi, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir juga tidak bersetuju dengan peguam bekas isterinya yang mencadangkan bahawa punca keretakan rumah tangga mereka adalah kerana curang, panas baran dan telah memukul isterinya itu untuk beberapa kali. 

Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah telah mengesahkan perceraian talak satu antara pasangan ini yang telah berkahwin pada 9 Januari 1992. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berusia  21 tahun. 

Kes tuntutan mutaah sebenarnya telah difailkan oleh kakak Shanaz, Datuk Sheila Majid yang berjumlah RM100 juta. Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 21 Januari 2015 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhamad Abdul Karim Wahab.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!