10 Disember 2014


Kerajaan Malaysia akan mewajibkan kepada semua pemegang pasport perjalanan antarabangsa untuk melaporkan kepada polis jika berlaku kehilangan dokumen itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat di negara ini perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kehilangan pasport mereka.

"Kita akan gunakan pendekatan bila berlaku kehilangan itu (pasport), mereka wajib lapor kepada pihak polis.

"Kita mahu perketatkan prosedur ini supaya ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan jenayah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid juga berkata, mana-mana pemegang pasport yang kehilangan dokumen itu akibat kecuaian akan dikenakan denda.

"Pada masa ini, jika pasport hilang, tiada bayaran dikenakan, mungkin selepas ini bayaran (denda) akan dikenakan, kecuali mereka yang terlibat dengan kebakaran (musibah)," katanya.

Katanya, pasport Malaysia menjadi ancaman keselamatan apabila penjenayah menyalahgunakannya susulan kemudahan pengecualian visa di 162 negara.

"162 negara telah terima pasport Malaysa tanpa visa kerana ciri-ciri keselamatan di mana sangat dikehedaki oleh pengedar dadah, ejen Pati dan sebagainya," katanya lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!