16 Disember 2014

Hiasan

PETALING JAYA – Seorang nenek terkejut apabila mengetahui bahawa cucunya dianiaya apabila diberi makan najis oleh bibik.

Perbuatan keji tersebut terbongkar apabila warga emas itu menghidu bau busuk datangnya dari mulut kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Nenek kepada kanak-kanak berkenaan yang juga seorang ahli perniagaan merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila tiba di sebuah rumah dua tingkat di USJ kira-kira jam 8 malam pada Khamis lepas.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bau busuk dari mulut cucunya merupakan najis yang dipercayai disuap oleh bibik yang berasal dari Indonesia.

Superintendan Tan Ah Chua berkata nenek kepada kanak-kanak terbabit mendapati terdapat cebisan najis berada diantara gigi kanak-kanak malang itu.

Setelah disoal mengenai cebisan najis tersebut, kanak-kanak itu mengatakan bahawa pengasuhnya telah memberi makan najis.

"Kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa dia telah diberi makan najis di dalam tandas di tingkat atas," ujar Timbalan Ketua Polis Subang Jaya itu lagi.

Selain itu, nenek kepada kanak-kanak itu juga menyatakan cucunya turut termuntah sesuatu yang berbau busuk dipercayai najis. 

Amah tersebut telah ditahan untuk disoal siasat. Menurut Superintendan Tan, bibik itu sudah berkhidmat selama tiga bulan untuk keluarga berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!