9 Disember 2014

Erwiana

Hong Kong: Seorang pembantu rumah warga Indonesia memberitahu mahkamah semalam, majikannya memasukkan tiub pembersih hampa gas ke dalam mulut dan diputar sehingga menyebabkan kecederaan.

Dalam perbicaraan itu, Erwiana Sulistyaningsih turut mendakwa ditampar, dicakar dan ditumbuk oleh Law Wan-tung.

Law - bekas pakar kecantikan - menghadapi 20 tuduhan jenayah, termasuk menyebabkan kecederaan, menyerang dan gangguan.

Perbicaraan berkenaan mencetuskan kemarahan antarabangsa terhadap cara layanan terhadap pembantu rumah di pusat kewangan Asia itu, manakala bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menganggap layanan dialami Erwiana sebagai penyeksaan.

Media melaporkan, Law kelihatan tenang ketika mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan, kecuali satu, iaitu gagal mengambil insurans untuk Erwiana.

Melalui penterjemah, Erwiana berkata, dia pernah dipukul dengan batang mop, penyangkut baju dan tangga, selain tidak dibayar gaji serta disekat makanan secukupnya.

Kata Erwiana, 23, dia hanya dibenarkan tidur selama empat jam saja, manakala enam keping roti serta semangkuk nasi menjadi pengalas perutnya seharian.

Walaupun kes penderaan begitu jarang di Hong Kong, dasar kerajaan biasanya mendorong pembantu rumah menyembunyikan penderitaan masing-masing kerana bimbang hilang pekerjaan dan dihantar pulang.

Gaji minimum ditetapkan kerajaan RM1,800, ia masih dapat menarik kedatangan warga asing yang cuba keluar dari kemiskinan di negara asal.

Ketika ini dianggarkan ada 300,000 pembantu rumah warga asing di Hong Kong dengan kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!