29 Disember 2014


ATHENS - Sebuah feri yang membawa 466 penumpang dari Greece ke Itali dilaporkan terbakar, semalam.

Dilaporkan, penumpang telah dipindahkan oleh pihak berkuasa berikutan kebakaran di dek kereta feri tersebut. 

Bagi menyelamatkan penumpang dan anak kapal dari feri Norman Atlantic di barat Pulau Corfu , kapal berhampiran diarahkan untuk menyelamatkan mereka.  

Menurut laporan CNN, pasukan penyelamat mengalami kesukaran menghampiri feri berkenaan disebabkan keadaan angin kencang dan laut bergelora.

Setakat ini, tiada kehilangan nyawa dilaporkan. 

Menteri Pengangkutan, Miltiadis Varvitsiotis berkata keadaan cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat. 

Media lapor, Varvitsiotis juga enggan mengesahkan laporan awal bahawa 130 mangsa telah diselamatkan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!