2 Disember 2014


SHAH ALAM – Pada hari Isnin lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah meluluskan cadangan pemotongan gaji bagi jawatan Menteri Besar, anggota exco, speaker dan timbalan speaker yang akan berkuat kuasa pada  1 Januari 2015. 

Gaji menteri besar akan dikurangkan daripada RM29,500 kepada RM25,000 melalui Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2014.

Manakala gaji speaker akan turun daripada RM22,500 kepada RM15,000, gaji anggota exco dari RM20,250 ke RM15,000 dan gaji timbalan speaker daripada RM15,750 ke RM10,000.

Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor berkata pemotongan gaji itu tidak akan melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor. Negeri Selangor dijangka akan jimat  sebanyak RM1.029 juta setahun menerusi pindaan gaji yang ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!