21 Disember 2014


Ekoran dari kes aktres ditangkap khalwat bersama pasangannya, seorang individu mendedahkan gambar pelakon terbabit dan juga pasangannya yang berstatuskan suami orang. 

Menurut sumber yang enggan mendedahkan dirinya memberitahu, Puteri Mardiana Zainal Abidin atau nama komersial Putri Mardiana telah dicekup dengan suami orang yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah. Mereka dipercayai mula berkenalan semenjak setahun yang lalu. 


“Shahrizam berstatus suami dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil berusia 2 tahun. 

“Tidak dinafikan Shahrizam dan isterinya mempunyai masalah rumahtangga dan sedang ‘turun-naik’ mahkamah. 

“Rumah tangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa,” dedah individu terbabit kepada Astro Gempak. 


Sumber juga turut mendedahkan gambar lelaki yang didakwa kekasih Putri Mardiana yang pernah berlakon dalam drama & filem seram. 

“Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang). 

“Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la...Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’. 


“Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri… Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’? ” luah sumber.

Malam tadi, Harian Metro melaporkan seorang pelakon wanita berstatus janda yang berusia 33 tahun ditangkap khalwat oleh JAIS di kediamannya atas aduan orang awam, di Ukay Perdana. 



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!