16 Disember 2014


PETALING JAYA – Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam telah mengeluarkan gambaran sonar akustik di bahagian dasar Lautan Hindi selatan sebagai salah satu usaha terbaru pencarian pesawat MH370.

Menurut ATSB yang kini mengetuai pencarian, gambaran tersebut adalah bukaan sonar sintetik imejan dasar laut yang dikumpul oleh GO Phoenix.

Selain mengesan lokasi sebenar bangkai pesawat, pencarian dalam air bertujuan untuk memetakan serpihan MH370 lantas mengenal pasti dan mengutamakan penemuan komponen tertentu, seperti perakam penerbangan.

Biro berkenaan menyifatkan lebih 9,000 km persegi dasar laut telah dikaji yakni kira-kira 200,000km persegi.

Proses pencarian MH370 disambung semula pada bulan Oktober selepas dihentikan selama empat bulan bagi membolehkan pemetaan dasar laut zon carian, yang mengukur kira-kira 23,000 kilometer persegi.

ATSB juga telah mengeluarkan satu video yang menunjukkan satu animasi komputer memaparkan permukaan dasar laut sepanjang kawasan carian.

Penerbangan MH370 yang dinaiki 239 orang termasuk anak kapal dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac sebelum lenyap selepas satu jam berlepas.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!