30 Disember 2014


Johor Bahru: Status Gary Steven Robbat akhirnya terjawab selepas pemain kebangsaan itu memilih untuk mewakili Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Malah, pemain kelahiran Kulim, Kedah yang diikat dengan kontrak setahun bertekad memberi persembahan terbaik sepanjang aksi pramusim di Australia bagi memburu tempat dalam skuad utama Harimau Selatan.

“Saya memilih Johor DT kerana mahu terus menimba pengalaman di bawah kendalian jurulatih Bojan Hodak dan yakin berada dalam skuad utama.

“Memang pemain Johor DT semuanya hebat dan saya perlu bekerja keras untuk berada di tahap memuaskan terutama pada sesi latihan dan kita ada empat minggu membuat persiapan rapi.

“Saya sudah menjalani latihan dua hari selepas semua pemain kebangsaan kembali melaporkan diri, Ahad lalu dan cukup selesa berlatih di bawah kendalian Hodak.

“Johor DT lengkap dengan dibarisi pemain berkualiti malah saya mahu beraksi dalam saingan play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL) bermula 4 Februari ini,” katanya.

Sebelum ini, Gary dikaitkan dengan juara Piala Malaysia, Pahang yang turut berminat mendapatkan khidmatnya selain Kedah, namun pemain berusia 22 tahun itu menamatkan segala spekulasi apabila memilih Johor DT.

Kelibatnya yang konsisten ketika beraksi bersama Harimau Muda A meraih pingat emas Sukan SEA Jakarta 2013 dan seterusnya membantu skuad Harimau Malaya meraih naib juara Piala Suzuki AFF, baru-baru ini menarik minat beberapa pasukan utama mendapatkan khidmatnya.

“Kehadiran saya dalam skuad ini bukan hanya untuk menumpang tuah sebaliknya mahu mengejar kejayaan dan mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk dua musim berturut-turut,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!