23 Disember 2014


SEREMBAN – Mulai 1 Januari 2014, undang - undang baru akan membenarkan golongan ibu angkat yang bekerja di perkhidmatan awam untuk mengambil cuti tanpa gaji sehingga lima tahun.

Ini adalah supaya mereka dapat menguruskan anak tiri atau anak angkat mereka dan dapat membina hubungan yang baik. 

Para wanita yang menjaga anak secara berterusan untuk dua tahun yang dirujuk sebagai "de facto adoption"  juga layak memohon untuk cuti ini sama ada untuk berterusan atau diambil secara bahagian. 


Sebelum ini, undang-undang ini hanya diberi kepada ibu kandung di mana mereka dibenarkan mengambil cuti tanpa gaji selepas menamatkan cuti bergaji selama 90 hari tetapi kini akan dibenarkan kepada ibu angkat juga. 

Walau bagaimanapun, tempoh maksima adalah hanya lima tahun untuk semua kanak-kanak kepunyaan seorang ibu. Misalnya, jika seorang ibu itu mengambil tempoh lima tahun cuti tanpa gaji secara berterusan untuk anak pertama, dia tidak lagi akan diberikan manfaat ini untuk anak kedua dan seterusnya. 



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!