21 Disember 2014


Harimau Malaya terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Thailand dengan agregat 4-3 sekaligus gagal membawa pulang trofi berprestij Piala Suzuki AFF 2014.

Anak buah Dollah Salleh mempamerkan aksi mantap dibabak pertama apabila meledak dua gol melalui sepakan penalti Safiq Rahim pada minit ke 5 dan tandukan Indra Putra Mahayudin pada minit ke 46.

Jaringan awal itu membuktikan percaturan Dollah Salleh menjadi kerana itulah yang dimahukan pengendali Harimau Malaya itu selepas tewas 2-0 di Stadium Rajamangala, Thailand.


Safiq Rahim meletakan Harimau Malaya semakin hampir untuk melakar kemenangan apabila meledak gol ketiga negara melalui sepakan percuma pada minit ke 58.

Namun pada 15 minit terakhir anak buah Dollah Salleh jelas kelihatan letih sekaligus memberi peluang kepada Thailand untuk meledak dua gol melalui jaringan Charyl Chapui dan Chanatip.

Namun, setinggi-tinggi pujian harus diberikan kepada Harimau Malaya kerana mempamerkan aksi yang cukup hebat dan mampu meledak tiga gol.

Diingatkan sekali lagi, Dollah hanya punyai masa kurang dari tiga minggu untuk membentuk skuad yang sedia ada ini.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!