31 Disember 2014


Sejak kebelakangan ini terdapat banyak ura-ura yang menyatakan bahawa Putera Charles bukanlah bapa kandung Putera Harry.

Kesangsian terhadap status paterniti putera yang berada pada tempat keempat dalam barisan takhta British itu bakal kembali menjadi perbualan hangat apabila sebuah teater berjudul  ‘Truth, Lies, Diana’ mula dipentaskan pada 9 Januari 2015.

Spekulasi mengenai siapakah bapa kandung kepada adik Putera William itu sebenarnya telah menjadi topik perbualan pelbagai pihak.

Bekas ahli pasukan berkuda British bernama James Hewitt yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Puteri Diana dikatakan bapa sebenar Harry yang kini berusia 30 tahun.

Teater yang bakal dipentaskan di West End, London menjadikan kisah percintaan Diana dan James sebagai plot cerekanya.

Jalan cerita Truth, Lies, Diana bermula apabila karekter James mendedahkan kepada seorang jurnalis bahawa perhubungannya dengan Puteri Diana bermula sebelum Harry dilahirkan lagi.

Menurut Jon Conway yakni seorang pengarang teater, James mengesahkan perhubungannya dengan Puteri Wales itu bermula 18 bulan sebelum Putera Harry dilahirkan.

“Saya membenarkan maklumat ini diguna sebagai sumber pementasan. Seluruh jalan ceritanya saya rasakan ‘benar’ tetapi saya tidak pernah membaca skrip penuh,” jelas James dalam temubual bersama Telegraph.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!