17 Disember 2014


Apakah ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu memutuskan untuk membeli sebuah telefon bimbit? Lambakkan jenama serta jenis telefon bimbit di pasaran tentu membuatkan pengguna berputih mata untuk memilih.

Sesetengah mahu perisian paling hebat, ada pula yang dambakan bentuk yang diidamkan. Tidak kurang juga yang membeli berdasarkan spesifikasi.

Telefon bimbit telah melalui pelbagai revolusi termasuklah dari segi dalaman, luaran mahupun transformasi kepada telefon pintar.

Namun tidak semestinya sebuah telefon itu mempunyai kesemua ciri-ciri yang diingini bukan? Ada juga orang yang masih berpaut pada model lama ekoran spesifikasi yang mantap.

Apa kata kita buat perbandingan konsol terdahulu dan sekarang? Mari perhati perlawanan antara Nokia 3310 dan iPhone 6!

Bateri

iPhone 6 yang dikeluarkan pada suku tahun ketiga 2014 ini amat canggih dan hebat dalam semua segi. Tapi dengan penggunaan yang kerap, hayat bateri hanya boleh bertahan sekitar 4 hingga 5 jam sahaja.

Nokia 3310 mempunyai nada dering monofon dan ia diiktiraf hebat semasa mula-mula dipasarkan. Tidak kiralah betapa ratus level 'Snake' yang anda main, jangka bateri boleh bertahan sehingga 4 atau 5 hari!

Batasan Impak

Telefon pintar masakini rata-rata sememangnya rapuh. Produk terkini keluaran Apple ini tidak terkecuali. Secara kasar, daya ketahanannya hanyalah kejatuhan dua kaki pada lantai kayu keras.

Lantai simen? Tiada masalah! Tingkat tiga? Bring it on! Itulah kata-kata yang mungkin diutar Nokia 3310 sekiranya boleh berbicara mengenai batasan impak yang boleh dihadapinya.

Perlindungan

Aksesori untuk telefon pintar kebanyakannya bersifat luaran. Pengguna harus membeli casing atau back cover bagi melindungi telefon bimbit dari calar, retak atau kerosakan.

Bukan setakat ringan, Nokia 3310 yang dikeluarkan pada September 2000 ini dicipta dengan sistem ketahanan secara dalaman. Tidak cukup dengan itu, kelonsong luarannya juga boleh ditukar sesuka hati.

Kemas kini perisian

Bisanya sistem iOS mahupun Android memerlukan kemas kini perisian sekurang-kurangnya seminggu sekali. Banyak aplikasi yang perlu update dan tambahan baru untuk mengekang masalah.

Software updates? Apa itu? Sekali lagi perkataan yang mungkin terpacul dari mulut Nokia 3310 sekiranya boleh berkata-kata. Telefon GSM ini dalam kadar sempurna semasa dikeluarkan.

Kadar Hayat

Terus terang sahaja, telefon bimbit anda hanya bertahan setahun dua sahaja bukan? Tambahan pula jika menggunakan telefon pintar. Dalam dua tahun, pasti bateri sudah kembang, skrin sudah pudar dan perisian menjadi lambat.

Cuba anda selongkar almari atau kabinet, jika menjumpai Nokia 3310 apa kata cuba cas bateri dan ketik butang hidup. Pasti boleh digunakan lagi. Tak percaya cubalah!

Kesimpulannya? Mahukan telefon yang bertahan lama? Gunakanlah Nokia 3310 yang sememangnya old school!

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!