15 Disember 2014


Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan satu undang-undang yang baik, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Abdul Hamid bagaimanapun berkata ISA diwujudkan dibawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk menentang perbuatan subversif yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

“Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan sebelum perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik, tetapi sudahkah kita lupa peristiwa 13 Mei?

“Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi?” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ke-5, di sini, pada Ahad.

Dalam ucapannya itu, Abdul Hamid turut menyuarakan kekecewaannya terhadap kerajaan kerana menghapuskan akta itu.

Katanya, keputusan kerajaan dibuat tanpa memberi peluang kepada orang ramai, terutamanya orang Melayu, termasuk UMNO untuk menyuarakan bantahan mereka.

“Saya faham bahawa kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia, tetapi Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan lebih baik, hampir dalam semua hal.

“Ertinya, ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap kerajaan tidak mengambil pendirian sama berhubung cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!