31 Disember 2014


Presiden Indonesia Joko Widodo yang dijadualkan berangkat ke Pangkalan Bun untuk mendekati operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 petang tadi terlebih dahulu sempat menyambut kunjungan pelabur global George Soros di Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta.

Walau bagaimanapun, belum ada butiran lanjut mengenai isu yang dibincangkan oleh mereka berdua, lapor Kompas.com.

George Soros yang tiba  pada pukul 2 petang waktu tempatan itu dilihat mengenakan sut lengkap.

Soros yang juga Ketua Open Society Foundations diingati sebagai individu yang bertanggungjawab di sebalik keruntuhan Bank of England yang seterusnya mencetuskan krisis mata wang pada tahun 1992. 

Setelah mengadakan pertemuan singkat dengan Soros, Jokowi berangkat ke Pangkalan Bun dengan menaiki pesawat Hercules dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pada pukul 3.30 petang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!