21 Disember 2014

Anjeli memuat naik bukti bergambar yang memaparkan kad temujanji rawatan ibunya dan lokasi pusat rawatan harian di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. – Foto FB Ajeli Anuar

Seorang lelaki meluahkan rasa kekecewaan berhubung sikap tidak mesra petugas jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, yang tidak ambil peduli tentang temujanji rawatan ibunya hari ini apabila dimaklumkan doktor bertugas bercuti.

Lelaki yang dikenali sebagai Ajeli Anuar memuat naik status di Facebooknya memaparkan pengalaman ngeri dengan tajuk ‘Hari ini dalam Sejarah’ telah dikongsi di laman Sukan Star TV di mana lebih 5,000 likes dan hampir 500 shares.


Menurut Ajeli, dia membawa ibunya, seorang warga emas, ke hospital tersebut pada 11.15 pagi berdasarkan kepada temujanji yang dibuat oleh doktor Syakir berhubung rawatan susulan dengan menunjukkan kad temujanji kepada petugas jururawat di kaunter servis.

Katanya, sebaik sahaja dia menunjukkan kad temujanji itu, jururawat tersebut meninggikan suara dengan tiba-tiba: “Setiap hari Rabu dan Khamis, tiada klinik rawatan berkaitan!”.

“Kami bukan suka-suka je datang ke sini hari ini. Kami datang ni bersebab. Doktor Syakir yang suruh kami datang ni,” jelas Ajeli, yang bekerja sebagai peniaga sambil memerhatikan gerak-geri jururawat tersebut berhubung temujanji itu.

Setelah 20 minit menunggu tanpa sebarang tindakan, dia pergi ke kaunter servis untuk bertanya kepada jururawat tersebut berkenaan status temujanji rawatan ibunya.





0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!