15 Disember 2014

Heather Cho

SEOUL – Ketua Pegawai Eksekutif Korean Air Lines, Cho Yang-Ho memohon maaf kepada rakyat negara itu di atas tindakan melampau anak perempuannya dalam penerbangan dari New York ke Seoul.

Heather Cho bertindak demikian kerana ketua pramugara gagal mematuhi manual standard menyajikan kacang yang tidak dipesannya dan diletak pula dalam plastik; bukan mangkuk.

Heather yang juga Ketua Perkhidmatan Kabin dan duduk di kelas pertama dilaporkan berang dengan layanan kru kabin itu sebelum pesawat berlepas.

Dia kemudiannya mengarahkan juruterbang untuk kembali ke terminal. 

Akibatnya, pesawat itu yang dalam perjalanan ke Seoul tiba lewat 11 minit daripada jadual.

Heather dilaporkan telah meminta maaf kepada krew terbabit dan dilaporkan telah meletak jawatan dalam syarikat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!