15 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Syarikat media terbesar, Kumpulan Media Prima dilaporkan akan kehilangan ratusan pekerjanya bermula Isnin ini.

Ia berikutan pekerja-pekerja tersebut telah menerima tawaran syarikat berkenaan yang dipanggil sebagai 'mutual separation scheme'.

Di bawah skim ini, pekerja yang berhenti akan diberikan pampasan sejumlah wang.

Antara yang telah menerima tawaran berkenaan adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi; serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber.

Ketiga-tiga mereka merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di ntv7 dan 8TV.

Media Prima memiliki kepentingan 100 peratus dalam TV3, 8TV, NTV7 dan TV9.

Ia juga memiliki 98 peratus kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).

Kumpulan berkenaan turut memiliki akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tiga stesen radio – Fly FM, Hot FM dan One FM.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!