11 Disember 2014


LONDON – Kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata, pasukannya berhak tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara selepas sekadar seri 1-1 menentang Basel pada aksi terakhir pe­ringkat kumpulan.

Keputusan seri itu meninggalkan The Reds di tangga ketiga Kumpulan B dengan lima mata manakala Real Madrid menamatkan saingan selaku pendahulu dan Basel di tangga kedua kumpulan.

Basel mendahului pada minit ke-25 melalui Fabian Frei sebe­lum Gerrard menyamakan ke­dudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-81 selepas The Reds bermain de­ngan 10 pemain berikutan Lazar Markovic dibuang padang.

“Tidak (Liverpool tidak la­­­yak ke peringkat sete­rus­nya). Kami tidak begitu menyerlah dalam pertandi­ngan ini disebabkan prestasi kami.

“Kami tersingkir kerana perlawanan di Basel lalu kami tidak cukup baik. Dalam perlawanan terakhir, kami bolos gol ‘bodoh’ ketika waktu kecederaan. Anda sentiasa layak dalam enam permainan tetapi malangnya kami tidak cukup baik.

“Kami perlu melihat (sekiranya ada pembelian dibuat) kerana kami memerlukan penyerang yang mampu memberikan gol untuk membawa kita kembali ke kedudukan empat teratas.

“Kami perlu mencuba mendapat­kan kembali sentuhan Mario Balo­telli. Ketika ini, ia begitu sukar. Kelab ini sentiasa mencuba untuk mengukuhkan keadaan, memperbaiki prestasi dan cuba memaksa diri untuk pergi sejauh mungkin,” kata Gerrard.

Dia juga mengakui tidak melihat insiden kad merah Markovic pada minit ke-61 itu dengan jelas tetapi menegaskan, kehilangan bekas pemain sayap Benfica itu menjejaskan kemaraan The Reds.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!