23 Disember 2014


Model dan pelakon, Kate Upton dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi oleh majalah People semalam. Sebelum ini, Chris Hemsworth turut dipilih sebagai Lelaki Paling Seksi pada Anugerah majalah People yang diadakan di Hotel Beverly Hilton baru-baru ini. 

Upton yang kini menjadi model untuk Sports Illustrated Swimsuit Edition dan juga terlibat dalam filem komedi The Other Women, mengenakan gaun berwarna hitam ketika menerima anugerah tersebut. 



“Ini adalah penghormatan kepada saya kerana seksi, sekali gus memberi makna bahawa seseorang itu yakin dan gembira dengan penampilan diri saya,” kata Upton ketika menerima tropi tersebut. 

Pemenang pada anugerah tersebut tidak dipilih oleh peminat, sebaliknya dipilih oleh pengarang majalah People dan pengurusan penerbitan Entertainment Weekly.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!