1 Disember 2014


Kejayaan Malaysia menewaskan Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki dua hari lepas bukan sahaja menggembirakan penyokong, tetapi turut menimbulkan jenaka baru.

Jenaka yang turut digunakan sebagai hashtag di twitter dan instagram, iaitu #keeperkatmane, menjadi hashtag paling viral dan popular semalam.

#Keeperkatmane menjadi trending gara-gara insiden lucu ketika pemain Malaysia, Indra Putra Mahyudin menjaringkan gol ketiga Malaysia, di mana penjaga gol Singapura tidak berada di hadapan gawang sebagaimana biasa.

Hashtag tersebut diambil dari lagu popular penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah, yang berjudul Awak Kat Mana.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!