30 Disember 2014


Semalam kita digemparkan tentang kehilangan Pesawat Airbus A320 penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya menuju Singapura yang dilaporkan telah terputus hubungan selepas menukar ketinggian kerana angin kuat.

Pesawat ini telah mula dihasilkan pertama kalinya pada Mac 1988 bagaimanapun pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang ini baru beroperasi pada 5 September 2008 dan boleh dikategorikan sebagai masih baru.

Pesawat Airbus A320 ini telah mencatatkan keseluruhan jam penerbangan sebanyak 154 juta jam penerbangan melibatkan 85 juta kali penerbangan.


Pesawat Airbus A320 ini banyak digunakan oleh US Airways, EasyJet, China Southern Airlines dan China Eastern Airlines dan mereka merupakan pengguna terbesar.

Pesawat ini mempunyai enjin berkembar dan sesuai digunakan untuk penerbangan jarak dekat dan sederhana contohnya antara Surabaya dan Singapura dengan kelajuan boleh mencecah 900 kilometer per jam.


Jarak atau pun panjang antara hujung sayap kiri ke hujung kanan kapal adalah sepanjang 35.8 meter dan panjang dari ekor ke muncung adalah sepanjang 37.57 meter dengan ketinggian 11.76 meter.
Wing Span (panjang sayap ke sayap) – 35.8 meter

Kapisiti penumpang pesawat ini adalah 150 orang tetapi telah diubahsuai oleh AirAsia kepada 180 orang kerana perlu memaksimumkan tempat duduk sesuai dengan konsep AirAsia yang merupakan syarikat penerbangan murah.

Setakat ini sejumlah 6,285 buah kapal dari keluarga Airbus 320 telah dihantar kepada syarikat-syarikat penerbangan dan 6,053 buah sedang aktif beroperasi seluruh dunia manakala sebanyak 4,709 buah masih disiapkan kerana mempunyai tempahan tinggi.

Keluarga Airbus A320  adalah A318, A319, A320, A321, Airbus A318 (Variants) dan Airbus A320neo family.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!