4 Disember 2014


REMBAU - Mohammad Aidil Iskandar Mohd Azrol yang berusia enam tahun telah mengalami keretakan di kepalanya selepas dilanggar oleh sebuah lori ketika melintas jalan berhampiran rumahnya di sini. 

Iskandar dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengaji di masjid ketika dilanggar oleh lori.

Sepupunya Nur Ezlin Izzaty Norashidi, 11, berada di dalam rumah ketika itu dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat. Dengan segera dia meluru keluar bersama datuknya, Ithnin Munap, 64 untuk melihat apa sebenarnya yang telah berlaku.

Iskandar ditemui dalam keadaan ketakutan dan matanya tertutup rapat dan kepalanya berdarah.  Dia kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan dengan serta merta. Ia difahamkan yang kenderaan lain cuba mengejar lori berkenaan utuk mencatat nombor plat kenderaan itu.

Tetapi, pemandu lori yang berusia 54 tahun sendiri telah tampil ke balai polis bagi membuat laporan selepas merasakan seperti melanggar sesuatu. Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!