30 Disember 2014


Pihak berkuasa Indonesia telah menolak tawaran dari dukun (juga dikenali sebagai bomoh) untuk membantu dalam pencarian pesawat yang hilang.

Pengarah komunikasi pasukan mencari dan menyelamat agensi kebangsaan Basarnas, Encik Sutono, berkata ia tidak boleh menerima tawaran itu sebagai "bukan standard kami".

Sebelum ini, Ketua Perdukunan dan Adat Belitung, Mukhti Maarif, telah menawarkan khidmat mereka untuk membantu mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dan hanya menunggu jawapan dari pihak berkuasa Indonesia.


"Sehingga kini, kami tidak pernah terlibat. Dan kami bersedia untuk membantu," kata Encik Mukhti.

Beliau sebelum ini telah mendakwa mendapat petunjuk awal iaitu memperoleh firasat Pesawat QZ8501 tersangkut di dalam kawasan terumbu karang di perairan Pulau Belitung.

Encik Mukhti juga dilaporkan berkata ritual tertentu perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan mereka.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!