5 Disember 2014


Arakian telah diceritakan oleh penjajah & penakluk sejarah bahawa kononya KERIS Melayu itu asalnya dari Tanah Hindu. Hindu itu agamanya orang-orang di sebuah tanah di utara Nusantara. Namun, hakikatnya jauh meleset kerana KERIS tidak berasal dari tanah tersebut. Bahkan TIADA NAS atau dalil dari agama mereka dan sejarawan mereka tentang keHINDUAN KERIS yang digunapakai oleh orang MELAYU sejak berkurun lamanya.

APA ITU KERIS?

Keris merupakan satu pisau atau pedang pendek yang beralun binaanya. Keris mempunyai lekuk-lekuk yang bersifat ganjil. Ianya hanya digunakan untuk mempertahankan diri. Belum pernah lagi didengari bahawa keris digunakan untuk tujuan selain dari membunuh atau berlawan. Pernahkah saudara/i dengar orang memotong bawang dengan KERIS? Keris juga tidak digunakan untuk memburu. Ianya bertujuan hanya untuk melindung si empunya diri dan disisip rapi di pinggang untuk memudahkan ianya dicabut. Semudah keris dicabut begitu mudahlah dicabutnya nyawa siapa pun yang mencabarnya. 

Asal usul Keris.

Keris yang dipakai oleh orang Melayu pada zaman sekarang bentuknya agak berbeda dengan apa yang dipakai oleh orang Melayu pada zaman dahulu.

Keris zaman sekarang banyak memaparkan bentuk ukiran diluar berbanding pada zaman dahulu yang mementingkan besi yang menjadi mata keris. 

Adapun keris dikatakan datang dari India, tiada fakta yang benar-benar kukuh untuk menyokong perkara ini. Cumanya ada beberapa sejarawan India sahaja yang menunjukkan kononya bukti Keris berasal dari negara itu kerana ada gambar bahawa Dewa yang bernama Indera memegangnya. Namun gambar yang dikatakan bukti tersebut adalah sangat baharu. Ia tidak boleh dijadikan bukti bahawa keris berasal dari sana.

Keris adalah hak mutlak NUSANTARA dan tiada kena mengena dengan agama ataupun ideologi tertentu. 

Jikalau ada yang mengaku hanyalah inginkan senjata ulung ini menjadi milik mereka. Bukti yang telah dijumpai oleh pakar sejarawan dunia mengatakan bahawa keris yang paling lama dijumpai di Vietnam dan berusia ribuan tahun hasil dari pengunaan kaedah pemetaan carbon. 

Ianya dikatakan dibawa oleh orang-orang dari Tanah Melayu & Jawa apabila mereka berdagang di sana. Teori yang mengatakan ianya adalah dari India tidak boleh dipakai sama sekali kerana kewujudan orang Melayu di Indochina bukanlah sekadar puluhan tahun sahaja. Itu belum lagi jika kita ungkap sejarah Melayu Champa, sebuah komuniti Melayu di Kemboja. 

Mudah kata, Keris itu telah wujud selama mana bangsa Melayu itu wujud. Ia kekal dalam budaya Melayu/Nusantara tak kira apa pun ideologi atau agama yang dianuti oleh bangsa itu. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!