4 Disember 2014


Tiga orang pengasas kempen yang membantu mencetuskan protes pro-demokrasi di Hong Kong akhirnya menyerah diri di balai polis.

Ketiga-tiga mereka adalah Professor Benny Tai Yiu-Ming, Chan Kin-Man dan Chu Yiu-Ming sepakat mengakhiri protes yang berlarutan sejak dua bulan lalu.

Meskipun masih belum didakwa, namun pihak berkuasa memaklumkan, tindakan mereka itu menyalahi undang-undang negara.

Tindakan mereka mendorong beberapa penunjuk perasaan lain untuk turut sama menyerah diri.

Dalam pada itu, penyerahan diri tiga pengasas kempen itu juga dijangka memberi impak kepada golongan pelajar yang merupakan sebahagian besar daripada penunjuk perasaan.

Ia termasuk tiga pelajar termasuk pemimpin protes, Joshua Wong yang mengadakan mogok lapar di Hong Kong turut menghantar surat terbuka kepada Ketua Eksekutif, Leung Chun-Ying.

Surat tersebut bagi menggesa kerajaan memulakan semula rundingan reformasi politik.

Joshua Wong bersama dua lagi pelajar mengumumkan mogok lapar pada lewat malam Isnin sebagai tanda protes menuntut hak untuk mencalonkan pemimpin pada Pilihan Raya 2017  selepas Beijing menegaskan hanya calon yang dipersetujui mereka boleh mengambil bahagian.

Protes terhadap kerajaan telah berlanjutan sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan mula berkurangan di tapak protes di ibu kota Hong Kong itu.

Malah Joshua juga akur dan hormat dengan keputusan tiga penganjur occuppy Hong Kong yang menyerah diri kepada pihak berkuasa.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!