1 Disember 2014


NEPAL -  Dianggarkan lebih 5000 ekor kerbau telah disembelihkan di sini dalam acara pengorbanan haiwan yang terbesar di dunia. Tikus, burung, ayam, kambing dan khinzir juga dikorbankan sempena perayaan Gadhimai. 

Penganut-penganut mempunyai kepercayaan bahawa ini akan membawa tuah dan akan menggalakkan dewi Gadhimai untuk menunaikan hasrat mereka. Perayaan ini diadakan setiap 5 tahun dan pada tahun 2009 dilaporkan bahawa kira-kira 200,000 binatang telah dikorban.

Ritual bermula sebelum subuh  di luar kuil Gadhimai di Bariyarpur , di mana seorang paderi akan menitiskan darahnya sendiri dan campurkan darahnya  itu dengan darah seekor tikus, ayam, merpati, kambing dan khinzir.

Kebanyakan pengunjung ke perayaan ini datang dari negara jiran, India walaupun negara itu telah mengharamkan eksport binatang ke Nepal untuk perayaan ini. Pihak berkuasa di Nepal dengan sekeras-kerasnya mempertahankan perayaan ini sebagai lambang tradisi lama.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!