3 Disember 2014


Makan telur sering ditakuti ramai dek kerana kandungan kolesterol di dalamnya.  Asal tidak mengambilnya secara berlebihan, telur merupakan bahan semula jadi yang sihat untuk memelihara jantung anda.

Kuning telur sering dimusuhi namun sebaiknya anda bersahabatlah dengan putih telur.  Ini kerana, manfaatnya begitu baik untuk kesihatan. Menerusi kajian yang dilakukan di Clemson University, sebatian kimia yang mengandungi dua atau lebih asid amino ditemui di dalam putih telur.  Kandungan tersebut dapat mengurangi tekanan darah tinggi.

Menurut ketua penyelidik tersebut, kajian tersebut menunjukkan terdapat kesan yang menguntungkan daripada mengambil putih telur. Ia bukan sahaja memelihara kesihatan jantung tetapi juga memelihara tekanan darah agar kekal stabil. Malah, beliau turut menyarankan agar orang ramai mengambil tiga putih telur dan satu kuning telur untuk sarapan setiap hari.

Putih telur yang dimasak tidak kehilangan kandungan peptide sehingga anda boleh menikmati manfaatnya di dalam bentuk yang sudah dimasak.  Tambahan, putih telur bebas dari kolesterol berbanding kuning telur.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!