16 Disember 2014


JEPUN - Seorang wanita di Jepun selamat melahirkan anaknya selepas menjalani persenyawaan in-vitro (IVF) menggunakan telur yang telah dibekukan selama 12 tahun.

Wanita berusia 30 tahun yang identitinya dirahsiakan itu merupakan pesakit kanser dan disahkan menghidap limfoma malignan ketika di sekolah tinggi.

Menurut Ketua Pusat Sokongan Penyelidikan Perubatan di Shinjuku, Masashige Kuwayama, kehamilan seperti ini juga jarang sekali berlaku terutamanya selepas telur dipelihara lebih daripada 10 tahun.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!