4 Disember 2014


KUALA LUMPUR, 3 DIS 2014: Aktor versatil, Sharnaaz Ahmad akui tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadap watak dan lakonannya di dalam Suamiku Encik Sotong yang sudah mula bersiaran di Astro Ria dan Astro Maya sejak 27 Oktober lalu. 

Dalam drama bersiri tersebut, Sharnaaz telah diberikan watak dan peranan sebagai seorang 'lelaki lembut', namun segelintir pihak menganggap dia gagal menyempurnakan tugas tersebut dengan begitu baik, malah menganggap lakonannya tidak ubah sebagai seorang lelaki yang terencat. 


"Saya tidak tahu apa pun tentang kritikan tersebut. Kerana apa yang saya tahu, pihak prosuser mahu pun pengarah serta keseluruhan team produksi tidak komplen apa-apa. Malah, mereka berpuas hati dengan apa yang saya lakukan. 

"Apapun, saya tidak kisah dengan kritikan tersebut. Kerana saya rasa, mereka (pengkritik) yang tidak faham dengan watak dan karektor 'lelaki lembut' yang cuba saya tonjolkan dalam drama bersiri tersebut. 

"Mereka tidak faham bahawa wujudnya elemen komedi dalam watak 'lelaki lembut' yang saya bawakan itu. Watak 'lelaki lembut' yang saya bawakan itu saya persembahkan dalam bentuk komedi. 

"Itu adalah interpretasi saya sebaik saja mengkaji skrip Suamiku Encik Sotong dan apabila berbincang dengan pengarah, dia memberikan sepenuh kebebasan kepada saya untuk membentuk watak 'lelaki lembut' dalam bentuk komedi," katanya Sharnaaz Ahmad kepada Portal Murai. 

Apapun, kata Sharnaaz Ahmad, dia tetap akan berterima kasih kepada orang-orang yang mengkritik watak dan lakonanya dalam Suamiku Encik Sotong. 

"Pesan saya untuk mereka, cubalah berlakon kalau boleh!," katanya lagi. 

Dalam waktu yang sama, Sharnaaz Ahmad akui gembira apabila mengetahui bahawa Suami Encik Sotong telah mencatatkan rating penonton yang cukup tinggi di Astro Ria dan Astro Maya. 

"Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya dan menonton drama bersiri ini. Saya harap mereka akan terus setia menonton Suamiku Encik Sotong kerana ada kejutan yang akan berlaku di pertengahan cerita. 

"Saya tak mahu dedahkan apakah kejutan tersebut. Namun di pertengahan cerita, akan ada perubahan yang berlaku dalam karektor Farish. Haaa...Kalau nak tahu, kena follow terus Suamiku Encik Sotong," katanya lagi kepada murai.com.my.

Suamiku Encik Sotong bersiaran setiap hari Isnin, bermula jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Maya. Jangan lupa tonton Suami Encik Sotong minggu hadapan! 


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!