3 Disember 2014


Hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah akan dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, di sini hari ini.

Satu sidang akhbar akan dilakukan oleh beliau selepas pembentangan itu yang turut merangkumi kesimpulan daripada hasil siasatan yang dilakukan selama ini.

Beberapa cadangan dijangka diumumkan dan dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani isu PATI di negeri ini.

Turut berlangsung esok ialah taklimat khas bersama Ketua Pengarang dan Editor di lokasi pengumuman hasil siasatan RCI dibuat iaitu di Hotel TH, Bangunan Tabung Haji.

Prosiding RCI untuk menyiasat masalah PATI di negeri ini tamat September tahun lalu untuk memberi laluan kepada panel pesuruhjaya RCI meneliti keterangan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!