4 Disember 2014


Pengumuman laporan berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing di Sabah menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menangani isu itu.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, parti itu dan BN sering dicemuh terutama oleh pembangkang yang membantahnya semata-mata untuk kepentingan politik.
   
"Bagi kami, laporan itu sendiri ialah jawapan yang akan mengunci mulut (pembangkang) terhadap perbuatan nakal mereka dan Upko akan memastikan penyelesaian komprehensif terhadap masalah pendatang haram dicapai," katanya.
   
Laporan bertajuk 'Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah' diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini, semalam.
   
Madius berkata pihaknya akan mengkaji laporan itu sebelum mengemukakan pandangannya mengenai hasil siasatan RCI dan cadangan kepada jawatankuasa kerja mengenai pendatang asing yang akan dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
   
Beliau berkata cadangan utama Upko berkaitan pemulangan dan pengeluaran semula semua kad pengenalan rakyat di Sabah akan menjadi asas pelan tindakan parti. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!