14 Disember 2014


MIRI - Seorang lelaki maut dalam keadaan ngeri apabila lehernya hampir putus akibat terkena kabel tangki yang putus ketika melakukan kerja memunggah pasir di Sungai Tujuh, Kuala Baram, semalam.

Mangsa, Kumbang Kirak, 58 maut di lokasi kejadian pada kira- kira 10.30 pagi, semalam. 

Sinar Harian lapor, mangsa sedang memunggah tangki berisi pasir daripada lori berkenaan dan tiba-tiba berlaku mendapan tanah menyebabkan kenderaan itu tidak stabil.

Akibat kejadian itu, kabel besi yang disangkutkan pada tangki terputus dan terkena pada leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, mengesahkan tiada unsur jenayah di lokasi kejadian. 

Pasukan paramedik mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!