5 Disember 2014

Hasil lukisan Yassan yang dipandang dari ruang udara di dalam GPS.

Penulis pasti tidak ada seorang lelaki pun sanggup melakukan seperti yang lelaki ini lakukan untuk melamar teman wanitanya.

Lelaki yang bernama Yasushi Takahashi ini menjelajah lebih 7,000 kilometer (km) di sekitar Jepun untuk membentuk satu lukisan garis GPS yang tertulis perkataan ‘Marry Me’.

Kisah unik itu bermula pada 2008 apabila Yasushi yang juga dikenali sebagai Yassan, 31, berhenti kerja untuk merancang untuk menjelajah Jepun membawa sebuah alat GPS dan peta.

Tujuannya cuma dua, untuk merasai pengalaman menjelajah Jepun yang diketahuinya melalui buku sebelum ini, dan juga melukis mesej khas untuk teman wanitanya dengan teknologi GPS.


Jarak lebih 7,000km berjaya dilalui oleh Yassan dalam masa hanya enam bulan, kebanyakannya dengan berjalan kaki, dan ada ketikanya menggunakan kereta, feri dan basikal.

Setiap lokasi yang dilaluinya telah dirancang sebelum memulakan perjalanan supaya perkataan yang ingin dilukisnya menjadi kenyataan.

Sebagai satu bahagian unik lamaran perkahwinannya, Yassan telah menghasilkan satu video selama tujuh minit menceritakan berkenaan perjalanannya di seluruh Jepun.


Ia dibahagikan kepada tujuh bahagian, setiap satu memaparkan beberapa peringkat perjalanan beliau yang bermula dari Pulau Hokkaido sehinggalah ke Tebing Hyodo di Pulau Kyushu di mana lukisan itu berakhir.

Video berkenaan mengandungi gambar-gambar pengalamannya seperti, memakan makanan laut segar, bergerak di atas jalan yang teruk, mendaki Gunung Fuji dan juga melawat kolam air panas.

Biarpun kisah dan segalanya sudah berlalu lebih enam tahun lepas, cerita lamaran Yassan masih bertahan sehingga kini dan ia boleh diumpamakan sebagai Shah Jehan zaman moden.

Ia telah dipaparkan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk The Walkumentary yang dihasilkan oleh pembuat kasut senaman Hi-Tech.

Hasil kerja Yassan, ia dikenali secara rasmi sebagai lamaran perkahwinan terbesar di dunia dan memegang rekod Guiness lukisan GPS terbesar merangkumi 7,164km panjang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!