8 Disember 2014


KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Myanmar yang didakwa akibat menceroboh sebuah rumah kedai, memberikan satu alasan yang amat tidak munasabah atas jenayah yang dilakukan.

Mohammed Jek, 32, mendakwa dia adalah jelmaan dari alam ghaib.

Katanya lagi, dia datang ke Malaysia sebagai individu yang ‘menghasilkan’ Quran serta mahu memperbetulkan kesilapan yang berlaku di dalam kitab berkenaan.

Tertuduh yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian kemudiannya disindir Majistret, Nik Habri Muhamad yang bertanya, “Kenapa kamu tidak menghilangkan diri (ghaib) ketika ditangkap pihak polis?”

Sindiran itu tidak dibalas tertuduh.

Mohammed Jek akan berada di dalam tahanan kerana tidak dibenarkan jamin berikutan bukan warganegara ini. Kes akan didengar semula pada 8 Januari depan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!