7 Disember 2014


LONDON – Seorang lelaki di sini yang merupakan individu tergemuk di dunia di sahkan oleh pihak hospital mati ketika berusia 44 tahun kelmarin.

Lelaki tersebut, Keith Martin yang mempunyai berat badan 444 kilogram (kg) pada tahun lalu terpaksa menjalani pembedahan di bahagian usus bagi mengurangkan tabiat makan berlebihan.

Dia sebelum ini mengambil lebih 20,000 kalori setiap hari termasuk makan enam biji telur goreng bersertakan piza dan kebab pada waktu pagi serta mengamalkan pengambilan makanan segera selain minum minuman bergas sehingga dua liter.

Martin meninggal dunia selepas dua minggu menghidap radang paru-paru.

Menurut seorang doktor di Hospital Homerton yang membedahnya, Dr. Kesava Mannur, lelaki itu kemungkinan mampu hidup lebih lama jika dia boleh menurunkan berat badan sebanyak 45kg dan kembali melakukan aktiviti harian.

“Dalam kes ini, Martin telah berjaya menjalani pembedahan usus walaupun keadaannya saiz badannya yang berisiko tinggi,” jelasnya.

Masalah kegemukan menyebabkan Martin ‘terperangkap’ di dalam kediamannya sendiri selama lebih 10 tahun selain dibantu oleh dua kakaknya Sharon dan Tina.

Dia pernah me–nyalahkan kematian ibunya ketika berusia 16 tahun sebagai punca masalah kesihatannya terganggu termasuk berasa tertekan dan kemurungan dengan masalah itu

“Martin seperti orang lain juga mempunyai masalah emosi, tetapi dia telah menjadikan makanan untuk berasa lebih selesa,” kata Mannur.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!