7 Disember 2014


Malaysia mengambil sikap terbuka dan bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berlaku pada 17 Julai lalu sekalipun bakal disaman oleh pihak keluarga mangsa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebarang tindakan saman merupakan hak keluarga penumpang bagi mendapat pembelaan sewajarnya kerana kerajaan juga sedang membuat tuntutan keadilan yang sama di mahkamah antarabangsa.

Dalam konteks itu, jelas beliau, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kes jenayah itu mampu diselesaikan dan kerja-kerja penyiasatan ke arah itu akan berjaya menemukan sesuatu.

“Saya belum lagi menerima maklumat terperinci berhubung kes saman ini.

“Tetapi saya pasti Malaysia bersedia untuk menghadapi apa-apa pendakwaan di mahkamah bukan sahaja membabitkan pesawat MH17, malah kes-kes berkaitan kehilangan MH370. Ini kerana kita tahu itu adalah hak ahli keluarga penumpang masing-masing,’’ katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis graduasi Institut Kojadi di sini hari ini.

Portal berita Daily Mail semalam melaporkan lapan keluarga mangsa dari Australia akan mengemukakan saman terhadap kerajaan Rusia, Malaysia, Ukraine serta syarikat penerbangan tersebut berhubung tragedi berkenaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!