2 Disember 2014


Malaysia Square akan menjadi ikon baharu pembangunan projek Battersea Power Station di London yang dimajukan oleh konsortium Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Battersea adalah sebuah monumen kepada seni bina moden dan Malaysia Square akan menjadi ikon kepada pembangunan projek itu di tengah kota London.

"Ini bukan sekadar sebuah struktur kaca dan keluli. Konsortium Malaysia membina sesuatu yang cantik, asli dan bercirikan Malaysia," katanya berucap menyempurnakan pengenalan reka bentuk Malaysia Square di sini hari ini.

Pelancaran turut disempurnakan Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Britain, Vicki Teadell; Pengerusi SP Setia Bhd, Tun Zaki Azmi; Pengerusi Sime Darby Bhd, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Battersea Project Company Ltd, Tan Sri Liew Kee Sin.

Perdana Menteri berkata, dengan mendapatkan inspirasi daripada Gua Mulu yang terkenal di Sarawak, pereka bentuk Malaysia Square mewujudkan sebuah ruang awam yang luar biasa di projek Battersea Power Station.

Katanya, galeri dalamannya akan menampilkan budaya serta kesenian Malaysia.

"Di tengah dataran itu akan dibina sebuah air pancut menarik dengan bentuk bunga kebangsaan kita, Bunga Raya.

"Setiap kelopak mewakili satu prinsip falsafah negara," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!