9 Disember 2014


Orang Islam semakin lama semakin hanyut di dalam arus perubahan dunia. Perubahan yang berlaku bukan sahaja mendatangkan impak kepada pembangunan fizikal orang Islam, tetapi juga kepada keadaan spiritual umat Islam.

Orang Islam semakin layu, dari sudut iman dan juga kepercayaannya kepada agamanya sendiri. Ini bukanlah salah orang lain, tetapi salah orang Islam sendiri.

Malaysia adalah sebuah negara Islam, mahu kita akui ataupun tidak ia tetap begitu. Walaupun dalam kes Che Omar Che Soh Vs PP, yang mengatakan negara ini negara sekular, saya berpendapat ianya tidak benar secara realiti.

Kita masih menguasai negara, orang Islam masih menjadi pemimpin di sini. Walaupun kita diasak dengan liberalisasi dan pluralism agama Islam conventional masih lagi dipegang erat oleh rakyat yang mengaku sebagai Muslim. 

Masalah sekarang ialah, apabila agama itu diinstitusikan. Pada dasarnya agama Islam itu diinstitusikan untuk menjadi pemudah cara dan juga jalan penyelesaian agar perkara yang melibatkan Islam dapat ditadbir dengan baik.

Contohnya institusi zakat. Adanya institusi zakat adalah untuk menyenangkan wang tersebut diurus. Namun adakah ia benar-benar mencapai apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah yang menerima wahyu daripada Allah?

Atau zakat dan kesemua institusi agama Islam kini tak ubah menjadi sepertimana pentadbiran gereja di Zaman Gelap Eropah suatu masa dahulu. 

Untuk pengetahuan umum, di Negeri Selangor sahaja melebihi RM 400juta. Dan mengikut report, jumlah yang lebih kurang sama juga diagihkan kepada para asnaf. 

Kita kene adil dalam penilaian terhadap Lembaga Zakat, mereka telah melakukan sehabis baik untuk memastikan umat Islam di negeri-negeri kelolaan mereka mendapat bantuan yang sepatutnya. Namun masih ramai lagi orang Islam di Malaysia yang terpaksa berhadapan dengan kemiskinan walaupun zakat sudah diagihkan secara bersistem.

Mungkinkah sistem itu perlu diperbaiki? Mungkin juga mentaliti umat Islam secara keseluruhan perlu diubah secara total, barulah kita dapat menghapuskan kemiskinan secara total?

Kita juga tidak boleh menghukum mereka yang menerima bantuan daripada Gereja atau institusi agama bukan Islam yang lain. Niat mereka mungkin tidak kita tahu. Tapi mereka yang mengambil dan memintanya dalam keadaan yang amat terdesak. Ini dakwah mereka, kita tidak perlu marah, kita pula perlu "lawan" dengan kaedah dakwah kita dengan lebih efektif. 

Menyalahkan penerima Muslim dan pemberi Bukan Muslim bukanlah jalan terbaik untuk kita berhadapan dengan perkara ini. Ada baiknya semua pihak perlu bekerjasama untuk terus memperbaiki sistem pengagihan zakat agar ia dapat digunapakai bukan untuk sekali sahaja, tetapi dapat mengubah taraf hidup seseorang Muslim sehingga mereka tidak perlu lagi bergantung kepada bantuan pihak tertentu. 

Bagi kita yang mempunyai lebihan wang atau harta marilah kita berzakat. 

Dan bagi mereka yang tidak berkemampuan carilah ditempat bantuan yang telah disediakan dahulu. Lembaga Zakat Selangor menyediakan satu sistem yang cukup mudah untuk mendapat bantuan zakat. Tidak perlu rasanya umat Islam pergi meminta bantuan kepada institusi lain.

Walaubagaimanapun ingatlah pesan Allah dalam Surah Insyirah (Alam Nasyrah) dimana Allah telah berjanji akan membantu setiap makhluk ciptaannya asalkan diminta terus daripada Allah.

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب 

"Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)".

Ingat Allah, dan juga bantu membantulah sesama Muslim. Jangan disalahkan orang lain. Wallahualam. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!