8 Disember 2014


BRITAIN – Seorang lelaki warga emas berkemungkinan berdepan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan, terlalu banyak mencarut.

George Lancelot diberikan amaran terakhir oleh hakim hujung minggu lalu sebelum hukuman penjara terbaru dibacakan ke atasnya.

Lelaki berusia 61 tahun itu mempunyai 176 sabitan kesalahan kerana mengamuk dan melempiaskan kata-kata kesat di khalayak ramai.

George kini menjalani hukuman penjara selama 20 bulan kerana melanggar larangan mahkamah dari mencarut dan minum minuman keras di kawasan awam.

“Saya dimaklumkan bahawa tiada bantuan psikiatri untuk membantu kamu. Jika masih tidak berubah selepas hukuman ini, kamu akan menghabiskan sisa baki hidup di dalam penjara,” tegas hakim semasa keputusan dibacakan.

George sudah dipenjarakan sebanyak lapan kali dalam tempoh 10 tahun. Penahanan terbarunya ini cuma beberapa jam selepas dilepaskan dari hukuman.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!