14 Disember 2014


ALOR GAJAH -  Pekerja ladang warga Myanmar maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Jalan Lendu, Rembia,  11.45 malam tadi.
 
Mangsa, Nyiem Cam, 20, dikatakan hilang kawalan di tempat kejadian sebelum terbabit kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki empat sekeluarga.
 
Berikutan kemalangan itu, Nyiem melambung, tercampak hampir 25 meter dan maut di tempat kejadian.
 
Dilaporkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari pekan Rembia selepas makan malam bersama rakannya.
 
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf mengesahkan kemalangan tersebut.
 
Mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
 
 
Kredit Gambar: Kindofsoul.blogspot
SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!