17 Disember 2014


AMERIKA SYARIKAT – Rangkaian makanan segera McDonald's akan menghentikan penjualan makanan kepada pelanggan yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti bermula 1 Januari 2015.

Ini adalah berikutan masalah obesiti di kalangan rakyat Amerika Syarikat yang meningkat dua kali ganda sejak dua dekad lalu. 

Masalah kesihatan yang dahulunya dipandang enteng kini menjadi semakin serius ekoran dua pertiga dari penduduknya mengalami masalah berat badan.

Menurut laman NYMeta, pihak McDonald's tidak akan melayan mana-mana pelanggan wanita yang mempunyai berat lebih dari 77 kilogram, manakala 111 kilogram buat golongan lelaki, berkuatkuasa 1 Januari 2015. 

Walaubagaimanapun, sukatan berat bagi kanak-kanak pula adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur dan ketinggian.

Persoalan bagaimana McDonald's akan mengetahui berapa berat badan pelanggan adalah dengan cara meletakkan alat penimbang khas di hadapan kaunter.

Setiap premis akan meletakkan alat penimbang di mana pelanggan dikehendaki berdiri di atasnya sebelum membuat pesanan makanan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!