9 Disember 2014


KHARKIV - Serpihan terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 kini dalam perjalanan dari Ukraine ke Amsterdam.

Kesemua serpihan tersebut akan dibawa oleh konvoi trak ke Pengkalan Udara Gilze-Rijen di Belanda untuk meneruskan siasatan mengenai punca nahas.

Serpihan tersebut akan dibina semula di pengkalan udara itu bagi mengenalpasti punca nahas.

Keluarga mangsa nahas dijangka akan turut berada di lokasi pada waktu semua serpihan itu berjaya dikumpulkan.

Empat bulan masa yang diambil untuk mengumpulkan serpihan itu, selepas pesawat MAS itu ditembak jatuh di kawasan yang ditawan pemberontak di Timur Ukraine.

Kelewatan disebabkan situasi tegang melibatkan pasukan keselamatan kerajaan Ukraine dan pemberontak pro-Rusia.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!