KUCHING - Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong dekat sini, pagi tadi.
Mayat berkenaan
ditemui orang awam yang kemudiannya melaporkan kepada pihak polis.
Siasatan polis
mendapati kenderaan terbabit dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya
mendapati terdapat dua mayat, seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20
peratus reput.
Mayat tersebut telah
dikenal pasti sebagai Aziz Mohamad Basiron, 30, dari Kampung Semilang, Kuching;
dan Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.
Pasangan terbabit
disahkan suami isteri oleh kakak kepada mangsa wanita itu.
Tiada kecederaan
ditemui serta tiada kehilangan harta benda dan tanda kerosakan pada kenderaan
berkenaan.
Kes diklasifikasikan
sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperolehi.
Foto: Berita Harian