30 Disember 2014


Hujung tahun ni, Murai Batu perasan ramai rakan-rakan Murai Batu yang mengambil peluang mengerjakan ibadah Umrah, tak kurang juga terdapat rakan-rakan artis yang turut ke tanah suci Mekah.

Antara yang Murai Batu dapat tahu artis ke sana adalah penyanyi Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh serta Yuna.

Pada mulanya Murai Batu ingat mereka pergi berasingan tetapi tiba-tiba Murai Batu menerima emel daripada seorang peminat menghantar sekeping gambar mereka bersama di sana.


Wah adakah Mizz Nina dan Yuna pergi Umrah bersama-sama? Atau mereka terserempak ketika menjalani ibadah di sana? Murai Batu tidak lah pasti kerana tiada pula info yang diberikan mengenai foto itu.

Tapi kalau pergi bersama apa salahnya, mungkin mereka sudah merancang awal untuk pergi bersama-sama.

Apa-apa pun Murai Batu doakan semoga mereka dapat mengerjakan Umrah dengan sempurna dan selamat pulang ke Malaysia.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!