21 Disember 2014


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan pujian kepada pasukan Harimau Malaya walaupun kalah secara agregat 4-3 kepada Thailand dalam perlawanan akhir piala AFFSuzuki 2014 yang baru selesai sebentar tadi.

Menerusi laman Twitternya DS Najib menyatakan beliau bangga dengan persembahan Harimau Malaya dan berharap agar pasukan itu akan lebih cemerlang pada masa akan datang.



Malaysia tewas kepada Thailand secara agregat 4-3 apabila Thailand berjaya membolosi gol Malaysia sebanyak dua kali pada perlawanan malam tadi. Pada perlawanan akhir pertama Malaysia tewas dengan Thailand 0 - 2 di Thailand manakala pada perlawanan akhir kedua, Malaysia menang dengan Thailand 3-2. Gaungan kedua-dua keputusan itu seterusnya menobatkan Thailand sebagai juara Piala AFFSuzuki 2014.




0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!